Tuesday, January 15, 2013

Merudum

Huhu ape yg merudum?
Saham kah?
Susu ler....sadisnya.
Ni la akibatnya bila dh jarang memerah.
Tapi sykur alhamdulillah...rezeki utk damia masih ada.

Friday, January 11, 2013

Damia down to diarrhea

Masuk harini dah 3hari damia cirit birit dan muntah2..sian sgt.
Makan je muntah..lpstu asyik buang air je...
Teacher bgtau kt taska ada ramai budak 2 thn ciritbirit..damia mungkib terkena jangkitan.
Sebab lain mungkin damia silap makan..wallahualam
Mama doakan mia cepat sembuh dan aktif mcm biasa.
Risau mama..lg 1minggu mama kena outstation. Susah hati la nk tglkan mia...

Thursday, January 3, 2013

Happy 10months darling!

Dalam tak sedar tu baru mama perasan. semalam, 2 jan 2013 anak mama ni dah pun berusia 10bulan..

HAPPY 10 MONTHS DARLING :D

no wonderla dia crancky sgt mlm tadi. payah nak tido. merengek je..nangis je.

lagi satu yg tak tahan, damia ni lain peel dr kakak. damia tido malam dah nak berbuai..huhu lotihla tangan mama..

update serba sedikit milestone damia @ 10months ni..
1. dah pandai minum guna straw
2. dah boleh duduk sepenuhnya
3. dah boleh berdiri dengan sendiri. tapi nak duduk semula tak reti. siap nangis² bila kaki tu dah letih berdiri
4. selera makin besar..nampak kita makan apa saja nganga! tak kasi, nangis!
5. cepat panic bila nampak kita dah siap². takut kena tinggal la tu.
6. kakak her idol..kakak acah sikit je ketawa dah mengekek
7. dah boleh sebut mama dan baba (papa)..eventhough not specific point to mama/papa
8. suka ngutip.
9. her fav...tissue! suka sgt main koyak tisu dan masuk mulut!

next on 16th jan ni kita check berat damia ye.hopefully naikla jugak.

apepun, mama doakan damia selamat dunia akhirat dan sentiasa dalam peliharaan-Nya.

photo ni diambil aidilfitri 2012 yang lalu. masa ni damia berusia 7bln tak silap :D

nanti mama upah susu lemak manis ye :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...