Thursday, February 21, 2013

al-fatihah - nurul alyani bt ariffin (21/02/2013)

sedih...satu perkataan tu cukup menjelaskan keadaan aku masa ni

hari isnin baru² ni aku dapat berita, kawanku yg paling baik eksiden..
keadaannya dgn suami yg kritikal di icu buatkan aku rasa sedih
lagi2 mengenangkan iman (anak mereka) yg juga terlibat dlm kemalangan hanya cedera ringan sahaja
keadaan yani lebih mudarat dari suami

semalam dapat perkhabaran yg suaminya selamat menjalani operation membetulkan lehernya yg patah..syukur alhamdulillah..masih ada 
sinar harapan buat iman.

tapi yani...
bila aku dapat tahu yg dia didiagnosis 'kematian otak', terus terpadam sinar harapan..yani bergantung sepenuhnya dengan bantuan pernafasan..
keadaan yani seperti yg dialami arwah ayah.
walau hati ini sedih tapi kalau itu yg terbaik..biarlah yani pergi dgn tenang.
daripada terus menyeksanya..

dan lagi bertambah aku terharu, yani seorang penderma organ.
murni hatimu kawan. aku sendiri tidak sekuat itu..
yani telah bersetuju utk menderma organ dan juga kulitnya..
Allah, semua yg berlaku secara kebetulan..ada hikmahnya.
tak sangka dihujung hidupnya, dia masih ingin berkorban utk kebahagiaan org lain.
aku amat kagum dgn yani..dr sejak aku kenali dia (1994-1997), dia mmg seorg insan yg baik hati
teman sejati..tidak pernah menyakiti hati..kalau tgk aku muram/masam dia pasti akan tegur utk pulihkan keadaan..

perkhabaran yg aku terima dipagi ini , buat aku bertambah sedih..
perginya seorang teman yg kurindui..
walau kau telah tiada dialam ini, tapi ingatanku pada mu tetap utuh dalam lipatan kenangan.

insyaallah, walaupun kau dah pergi dulu, aku cuba penuhi janjiku untuk berjumpa dengan iman.
kasihan anak kecil itu.pada ketika umurnya 1thn 4bulan ini, sememangnya dia dahagakan kasih sayang seorg ibu..
tambahan lagi kau yg paling rapat dgn iman..
aku harap suami kau selamat..supaya iman tidak terasa kehilangan...
yani, aku pohon kemaafan andai aku pernah menyakiti hatimu..
pergilah kau bersemadi bertemu kekasih sejati.

Perjumpaan aku dgn yani, pd 07 November 2009 merupakan pertemuan kami yg ke-4 sejak meninggalkan sekolah. Dan aku tak sangka, itu lah juga pertemuan kami yg terakhir...


sara nangis masa ni. agaknya sebab pertama kali jumpa yani

sara dah ok sikit bila dipujuk..


masa ni sgt kelakar sbb jenuh nak tegakkan kepala sara tgk kamera..
apala aunty yani cakap tu..aku pun tak igt

masa ni kemana² kami ber-6 macam belangkas..i miss this moment. seriously...

Tak aku sangka, pakaianku pada hari ni serba hitam seperti seolah² aku telah bersedia utk berkabung utk mu yani..Allahuakbar..Hanya dia yg mengetahui hikmah disebalik kejadian..
walau kami semua menyayangimu tapi kasih kami tidak dapat menandingi cinta-Nya padamu.
aku redha dan pasrah ketentuan Ilahi..
kini aku hilang seorang sahabat sejati..
al-fatihah buat temanku, nurul alyani bt ariffin (21/02/2013).

nota : hati makin sedih bila dengar lagu Teman Pengganti : Black ft Malique.

Regards,
Lin

Thursday, February 14, 2013

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Satu sebab tetiba mai balik demam drama melayu kat aku..
sebab Fahrin Ahmad nyanyi theme song drama ni..
hahahaha..

even storyline seakan sama khabi khusyi khabi gham tapi pasai hero pujaan yg bwk watak utama so kalini confirm akan aku layan drama ni dr mula sampai habis..huhuhu

ok layan theme song ni..sedap gak suara dia. :))

here's the lyric..aku yg catat sendiri hasil pendengaran lagu yg direpeat berulang kali..cuma ada part missing yg aku tak dpt nk catchup.

Siapa Ingin Membawa - OST Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

masihkah ada 
jalan bahagia
simpati belas dijiwa
ribuan mimpi 
terbakar sepi
hancur impian berderai....

siapa ingin membawa
aku terbang ke sana
ke langit tinggi
ke awan cinta....

siapa ingin membawa
aku layar bersama
ke laut dalam 
ke dasar  ------
sayang...

Wednesday, February 13, 2013

Damia food journey

Sejak damia dah mula makan ni mama belum pernah share cerita ttg penyediaan solid food pertama damia. Actually mama byk share di facebook dari blog.

Pertama kali mama bg damia makan masa damia umur 6bulan. 1st food yg damia makan adalah bubur nasi dicampur dgn ebm. Kemudian mama kasi puri keledek ungu Cikgu kata damia suka sgt makan. Lepastu damia makan puri epal, betik, pear, pisang, carrot, brokoli..kemudian  sikit2 mama campur dgn nasi. Tapi atas Kejadian damia alami ciritbirit dan muntah2 yg berpanjangan lepas seminggu mama introduce solidfood kt damia terus mama stop for a while.

So in that time mama bg damia mkn nestum cerelac smpai damia berumur 8bulan. Lepas checkup 8bln mama cuba semula bg damia mkn bubur nasi. So far damia takde alahan..mcm2la mama masak utk damia. Mmg damia ni pemakan and not picky eater.

Setakat ni apa yg mama masak semua dia mkn..antara yg mama pernah masakkan utk damia..nasi butter, ayam masak merah junior, bubur oat dan pisang, pasta dgn chicken@beef bolognese sauce (mama masak 2 jenis sos either labu atau tomato), sup ikan merah junior, sup ayam@daging, nasi daging junior utara style, nasi ayam junior, nasi minyak junior, stew ayam.. nanti mama letak resipi2 tu dlm blog. Utk rujukan mama masa akn dtg jugak. ;)

Pasta with chicken pumpkin sauce

Nasi kismis with ayam masak merah junior

Bubur oat dgn pisang

Butter rice with chicken stew

Butter rice

Macaroni with chicken tomato bolognese 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...