Thursday, February 21, 2013

al-fatihah - nurul alyani bt ariffin (21/02/2013)

sedih...satu perkataan tu cukup menjelaskan keadaan aku masa ni

hari isnin baru² ni aku dapat berita, kawanku yg paling baik eksiden..
keadaannya dgn suami yg kritikal di icu buatkan aku rasa sedih
lagi2 mengenangkan iman (anak mereka) yg juga terlibat dlm kemalangan hanya cedera ringan sahaja
keadaan yani lebih mudarat dari suami

semalam dapat perkhabaran yg suaminya selamat menjalani operation membetulkan lehernya yg patah..syukur alhamdulillah..masih ada 
sinar harapan buat iman.

tapi yani...
bila aku dapat tahu yg dia didiagnosis 'kematian otak', terus terpadam sinar harapan..yani bergantung sepenuhnya dengan bantuan pernafasan..
keadaan yani seperti yg dialami arwah ayah.
walau hati ini sedih tapi kalau itu yg terbaik..biarlah yani pergi dgn tenang.
daripada terus menyeksanya..

dan lagi bertambah aku terharu, yani seorang penderma organ.
murni hatimu kawan. aku sendiri tidak sekuat itu..
yani telah bersetuju utk menderma organ dan juga kulitnya..
Allah, semua yg berlaku secara kebetulan..ada hikmahnya.
tak sangka dihujung hidupnya, dia masih ingin berkorban utk kebahagiaan org lain.
aku amat kagum dgn yani..dr sejak aku kenali dia (1994-1997), dia mmg seorg insan yg baik hati
teman sejati..tidak pernah menyakiti hati..kalau tgk aku muram/masam dia pasti akan tegur utk pulihkan keadaan..

perkhabaran yg aku terima dipagi ini , buat aku bertambah sedih..
perginya seorang teman yg kurindui..
walau kau telah tiada dialam ini, tapi ingatanku pada mu tetap utuh dalam lipatan kenangan.

insyaallah, walaupun kau dah pergi dulu, aku cuba penuhi janjiku untuk berjumpa dengan iman.
kasihan anak kecil itu.pada ketika umurnya 1thn 4bulan ini, sememangnya dia dahagakan kasih sayang seorg ibu..
tambahan lagi kau yg paling rapat dgn iman..
aku harap suami kau selamat..supaya iman tidak terasa kehilangan...
yani, aku pohon kemaafan andai aku pernah menyakiti hatimu..
pergilah kau bersemadi bertemu kekasih sejati.

Perjumpaan aku dgn yani, pd 07 November 2009 merupakan pertemuan kami yg ke-4 sejak meninggalkan sekolah. Dan aku tak sangka, itu lah juga pertemuan kami yg terakhir...


sara nangis masa ni. agaknya sebab pertama kali jumpa yani

sara dah ok sikit bila dipujuk..


masa ni sgt kelakar sbb jenuh nak tegakkan kepala sara tgk kamera..
apala aunty yani cakap tu..aku pun tak igt

masa ni kemana² kami ber-6 macam belangkas..i miss this moment. seriously...

Tak aku sangka, pakaianku pada hari ni serba hitam seperti seolah² aku telah bersedia utk berkabung utk mu yani..Allahuakbar..Hanya dia yg mengetahui hikmah disebalik kejadian..
walau kami semua menyayangimu tapi kasih kami tidak dapat menandingi cinta-Nya padamu.
aku redha dan pasrah ketentuan Ilahi..
kini aku hilang seorang sahabat sejati..
al-fatihah buat temanku, nurul alyani bt ariffin (21/02/2013).

nota : hati makin sedih bila dengar lagu Teman Pengganti : Black ft Malique.

Regards,
Lin

1 comment:

LiYa HaNiF :: said...

kebetulan masa liya membaca entry ni lagu teman penganti.. :(

thanks sudi singgah blog liya.. kebetulan adik yani & tunang dia kerja satu tempat dengan suami liya.. dapatlah liya dengar sendiri keadaan dia dari ahli keluarga terdekat. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...